Friday 24 June 2011

Pengangkutan

Perjalanan ke Selangor adalah benar-benar mudah kerana ia mempunyai infrastruktur pengangkutan yang paling moden dan komprehensif mana-mana negeri di Malaysia.




Melalui Laut


Pelabuhan negara terbesar adalah Pelabuhan Klang, dengan sangat modern Westport melengkapkan kemudahan canggih berlabuh di kawasan itu. Berdekatan adalah terminal Star Cruise, yang dibina semata-mata untuk kemudahan pelancong yang tiba di kapal pesiaran. Lebih kecil satu kemudahan jeti berkhidmat untuk pelawat dariJohor Baharu,Indonesia dan pulau-pulau terpencil tempatan manakala marina swasta menyambut tetamu asing yang ingin berlabuh kapal layar mereka dalam keselesaan dan kemudahan.




Melalui Udara


Kuala Lumpur International Airport di Sepang merupakan salah satu lapangan terbang yang terbesar dan paling canggih di dunia, dan kadang-kadang dilihat sebagai tarikan dalam dirinya dengan landskap hutannya, disamping itu juga terdapat tempat makan banyak dan menara kawalan yang tertinggi di dunia. Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang digunakan untuk penerbangan domestik, dan juga untuk penerbangan ke destinasi berdekatan. Bas dan teksi serta berpeluang memandu sendiri kereta sewa yang di sediakan kedua-dua lapangan terbang. 



Melalui Darat



Menggunakan perkhidmatan keretapi
Pelawat yang datang dari Thailand atau Singapura boleh menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), manakala  KTM juga menyediakan perkhidmatan yang kerap ke bandar-bandar dalam Selangor. Negeri ini juga boleh diakses dari Kuala Lumpur oleh STAR dan PUTRA Light Rail Transit.






Menggunakan jalanraya
Rangkaian jalan raya yang baik untuk mana-mana destinasi dalam negeri. Selangor juga dihubungkan dengan Singapura, Thailand dan seluruh semenanjung oleh satu sistem lebuh raya yang mempunyai semua kemudahan pengembara termasuk kawasan rehat, restoran, kedai cenderamata dan juga surau di mana umat Islam boleh menunaikan solat mereka.Jalan-jalan ini termasuk PLUS Lebuhraya Utara-Selatan, LDP Puchong-DamansaraHighway, The Kesas Shah Alam Expressway, Lebuhraya Karak yang menghubungkanPantai Timur, Klang Valley Expressway Baru dan Lebuhraya SPRINT ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Selayang-Kepong, yang BESRAYA Salak Selatan dan  Lebuhraya Persekutuan.

Ekonomi


Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita (PPP) yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitarUSD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara eropah barat dan Hong Kong. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

Perindustrian dan perdagangan

Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta proton dan perodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranyaPanasonic dari JepunProcter & Gamble dari Amerika SyarikatUnilever dari BelandaNokia dari Sweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah AlamSubang JayaKlangKajangRawangSelayangAmpang Jaya dan Petaling Jaya.
Pelabuhan Klang yang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia. Negeri Selangor juga menjadi tarikan utama pelabur asing dari luar negara.

Pertanian

Selain terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kerjayaan yang telah dikecapi adalah seperti Selangor Fruit Valley merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini.

Perkhidmatan

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%.

Selangor

Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsanyang terletak pada (Koordinat: 3°20′N 101°30′Emerupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[1] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur,Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.


Negeri ini mengamalkan sistem raja perlembagaan sejak turun-termurun, dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahanBarisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan diLembah Klang.

Selangor juga merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan mempunyai infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia.

Sejarah Selangor



Pada abad ke-15Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, JohorAceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.
Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.
Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.


Kota Darul Ehsan




Kota Darul Ehsan ialah sebuah mercu tanda yang melambangkan sempadan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Didirikan di atas Lebuhraya Persekutuan (Laluan Persekutuan ), ia adalah gerbang terbesar di Malaysia.


Pembinaan kota tersebut telah bermula pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur telah diisytharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Sultan Selangor yang ketika iu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah bercadang untuk membina sebuah pintu gerbang sebagai mengenang jasa pengorbanan baginda antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Kota ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1981.

Kota Darul Ehsan juga menonjolkan dua laras meriam di setiap muka gerbang
Reka bentuk gerbang ini menggabungkan pengaruh seni bina gaya Moor. Ini boleh dilihat di kubah di dalam gerbang.