SELANGOR

Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsanyang terletak pada (Koordinat: 3°20′N 101°30′Emerupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[1] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur,Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Negeri ini mengamalkan sistem raja perlembagaan sejak turun-termurun, dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahanBarisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan diLembah Klang.

Selangor juga merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan mempunyai infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia.


SEJARAH SELANGOR



Pada abad ke-15Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, JohorAceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.
Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.
Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.
Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.


Kota Darul Ehsan



Kota Darul Ehsan ialah sebuah mercu tanda yang melambangkan sempadan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Didirikan di atas Lebuhraya Persekutuan (Laluan Persekutuan ), ia adalah gerbang terbesar di Malaysia.

Pembinaan kota tersebut telah bermula pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur telah diisytharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Sultan Selangor yang ketika iu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah bercadang untuk membina sebuah pintu gerbang sebagai mengenang jasa pengorbanan baginda antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Kota ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1981.

Kota Darul Ehsan juga menonjolkan dua laras meriam di setiap muka gerbang
Reka bentuk gerbang ini menggabungkan pengaruh seni bina gaya Moor. Ini boleh dilihat di kubah di dalam gerbang.