Friday 24 June 2011

Sejarah Selangor



Pada abad ke-15Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, JohorAceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.
Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.
Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.


Kota Darul Ehsan




Kota Darul Ehsan ialah sebuah mercu tanda yang melambangkan sempadan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Didirikan di atas Lebuhraya Persekutuan (Laluan Persekutuan ), ia adalah gerbang terbesar di Malaysia.


Pembinaan kota tersebut telah bermula pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur telah diisytharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Sultan Selangor yang ketika iu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah bercadang untuk membina sebuah pintu gerbang sebagai mengenang jasa pengorbanan baginda antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Kota ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1981.

Kota Darul Ehsan juga menonjolkan dua laras meriam di setiap muka gerbang
Reka bentuk gerbang ini menggabungkan pengaruh seni bina gaya Moor. Ini boleh dilihat di kubah di dalam gerbang.



No comments:

Post a Comment